Friday, April 17, 2009

Kursus Pemantapan Sistem Ejaan Jawi DBP MKJ Zon 2

Kursus Pemantapan Sistem Ejaan Jawi DBP MKJ Zon 2 akan diadakan pada 18.04.2009 bertempat di SK. Seri Setia, Teluk Intan mulai jam 8.30 pagi. Semua Guru Pendidikan Islam dan j-QAF dari sekolah-sekolah zon 2 akan menghadiri kursus ini.
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua GPI / Gj-QAF mengenai Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan oleh DBP yang digunapakai di seluruh Malaysia setakat ini. Ianya bersesuaian dengan pengetahuan yang sedia ada dan diperkukuhkan lagi dengan kursus ini untuk diaplikasikan di dalam P & P Pelajaran Jawi di sekolah. Semoga kursus ini akan dapat memberi ruang untuk guru mempelajari sistem ejaan yang terkini dan betul.